assalamualaikum...Sekadar berkongsi maklumat dan minat. Rasa-rasanya ramai yang tahu ikan PARI sedap dimakan,tapi sanggupkah korang makan seekor ikan PARI MANTA? Ikan PARI MANTA kalau diikutkan boleh membesar 6 meter hingga ke 7.6 meter dan anggaran berat dalam 2 ke 3 tan lebih. Apa yang aku ingin kongsikan disini adalah salah satu keunikan ikan PARI MANTA ini iaitu ia boleh terbang agak tinggi.
Lihatlah gambar menarik yang aku perolehi dari pakcik google yang diambil oleh Roland Seitre/Solent yang menunjukkan seekor PARI MANTA seakan-akan kapal terbang "STEALTH BOMBER" terbang setinggi lebih kurang 3 meter iaitu bersamaan 10kaki dari aras laut.
Apa yang aku terbaca,fenomena PARI MANTA ini melakukan penerbangan adalah disebabkan ingin mencari pasangan. Kadangkala terdapat situasi dimana PARI MANTA ini melakukan lompatan "SOMERSAULT".Ini berlaku disebabkan ada faktor yang "mengembirakan" yang membuat PARI MANTA melakukan lompatan ini.
No comments:
Post a Comment