NAK KENAL LEBIH DEKAT :D

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
saya sebenarnya ada satu misi dan satu matlamat seperti orang lain...baru berjinak dengan benda blog ni..tapi memberikan faedah jugak..kalo nak kenal lebih dekat boleh jadi friend kat facebook.tulis jer muhammad naeem ahmad nizar..pastu add senang..

Friday, December 31, 2010

Azam tahun baru O.o

Assalamualikum semua,sihat?Amacam korang hari ini,sebenarnya tujuan aku nk tulis blog ini sebenarnya aku nak ucapkan Happy New Year ataupun selamat tahun baru.lagi satu tahun depan yang akan masuk 2011 aku kena ambik PMR.Sekejap dowh masa berlalu,rasa macam semalam je ambik result UPSR ^^.




Apa-apapun hari aad ni aku nak balik dah hostel.Jadi kadang-kadang je aku boleh update blog ni.dan tahun depan aku kena fokus betul-betul.tak boleh main-main dah,lagipun mak dengan ayah aku harpkan aku untuk berjaya.Yelah,anak sulung lah katakan.Lagipun,tahun depan aku terpaksa kurangkan benda-benda ni atau mungkin lupakan buat sementara pasal nak ambik PMR.



1. FACEBOOK

2. BLOG

3. SUKAN

4. TV

5. THE AMAZING RACE ASIA

6. AWEK ( GELABAH JE )


Lagipun bukan aku je yang nak ambik PMR.Ramai lagi.Antaranya

1 Syamil Hafiy

2 Amir Mirza

3 Fatimah Zahra

4 Shafarina

5 Dan lain-lain


OKlah tu je yang aku dapat tulis Wassalam..




Wednesday, December 29, 2010

Sedih & Gembira


Chealsea semalam akhirnya dapat jugak kumpul 3 mata dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Florent Malouda pada minit ke 60.





Lain pulak cerita pasal dua club ni.Arsenal dengan Wigan seri 2-2.Watson membuka jaringan untuk Wigan pada minit ke 17, kemudian Arsenal bangkit semula dengan jaringan Arshavin pada minit ke 39 dan Bendther pada minit ke 44. Arsenal dah boleh kumpul 3 mata dengan mendahului 2-1 tapi Squillaci buat o.g. minit ke 80 dan jadikan kedudukan 2-2.



Liverpool pulak gagal meraih kemenangan apabila kalah tipis 0-1 di tangan Wolverhampton.Liverpool juga gagal menggunakan peluang di laman sendiri.Jaringan tunggal Wolver dilakukan oleh Ward pada minit ke 55.Sekarang ni Liverpool berada di tangga ke-12 liga dan mungkin agak sukar untuk naik semula.



Kita juara!!!


Ya,itulah satu kemenangan yang berjaya diraih oleh Malaysia sejak tahun 1996.Malaysia menang kali ini dengan agregat 4-2 dan telah mengalahkan indonesia di laman sendiri.

Selepas kemenangan di sukan sea 2009,kini juara piala Aff suzuki buat kali pertama.malaysia pernah melangkah ke final pada tahun 1996 tetapi kalah tipis 0-1 dengan Thailand.Di bawah ialah prestasi Malaysia di AFF Suzuki yang diperkenalkan pada tahun 1996

1996 : Naib Juara
1998 : Peringkat Kumpulan
2000 : Tempat Ke-3
2002 : Tempat Ke-4
2004 : Tempat Ke-3
2007 : Separuh Akhir
2008 : Pringkat Kumpulan
2010 : JUARA


Selain itu, anugerah penjaring terbanyak ialah Safee sali dengan menjaringkan 5 gol manakala anugerah MVP*macam pemain terbaiklah* ialah Firman Utina daripada Indonesia.

tahniah Safee..

Untuk pengetahuan korang, PM kita Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa hari jumaat ini (31/11/2010) ialah cuti umum sempena kemenangan pasukan Malaysia di AFF Suzuki..




Tuesday, December 28, 2010

Minit-minit terakhir O.o




WTF..adoyai,kenapa boleh jadi macam ni..aku pun xcaya lah.macam mana MU boleh seri ngan Birmingham City.Dah elok dah Berbatov skor untuk MU minit ke 58..

Tapi malangnya,pada minit2 terakhir (89) Bowyer manjaringkan gol untuk Birmingham dan kedudukan pulak seri..adoyai.
Click to show image gallery
lain perlawanan pulak,Chealsea kalah 1-3 ke atas Arsenal O.o

MU akan beraksi dengan West Brom pada 1 januari..harap2 menang.

Monday, December 27, 2010

Ia dah kembali.






Bakal kembali lagi. Terus-terang cerita ni diminati oleh ramai orang kan,..hehe. Tayangan TRANSFORMERS 3 bakal dikeluarkan bulan July 2011 dengan Shia LaBeouf masih mengekalkan watak utama iaitu sebagai Sam Witwicky.

Pada kali ini watak Megan Fox's bakal diganti oleh Rosie Huntington-Whiteley.Mungkinkah gandingan kedua-dua pelakon ini lebih mantap lagi?Aku rasa baik masukkan Megan Fox dowh. Korang tunggulah yer tayangnya nanti. Kali ini watak robot dalam The Transformer Dark of The Moon agak menarik (tau2 je).



NI dia Rosie Huntington-Whiteley


oklah..apaapapun ni jelah yang aku dapat tulis..


Sunday, December 26, 2010

Wall-E memang wujud!!!!


ASSALAMUALIKUM.Korang mesti dah tengok cerita Wall-E kan. Ala, cerita pasal robot pemungut sampah yang comel dan pandai bermain cinta tu. Haha. Tapi kalau korang nak tahu, Wall-E ni memang ada di dunia nyata ni. Bukan di movie je. Tak percaya tengok video ni. Memang comel gila Wall-E 'real' ni. Haha.


Jaringan berbisa Berbatov


Manchester United semalam mengekalkan tangga teratas liga selepas membelasah Sunderland 2-0.Dua jaringan dari pemain penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov sudah cukup bagi united untuk mengekalkan tangga liga mereka.Berbatov mempunyai peluang baik pada minit ke 75 tetapi sepakannya berjaya ditangkap oleh keeper Sunderland.


Berbatov membuka jaringan pertama pada minit ke 5 dan gol kedua pada minit ke 57.

Pada pertemuan yang lalu,MU sekadar seri dengan Sunderland tanpa jaringan.

Selain itu,pemain tengah MU Park Ji-Sung tak dapat beraksi dalam tujuh perlawanan yang seterusnya kerana dia akan bermain untuk pasukan korea selatan pada AFC Cup 2011 di Qatar.


'United mempunyai barisan pemain yang handal dan saya percaya mereka akan beraksi dengan baik tanpa saya',kata Park Ji-Sung

Pada perlawanan seterusnya United akan berlawan dengan Birmingham pada 28 Disember.




Saturday, December 25, 2010

AFC Cup kembali lagi..






ASSALAMUALIKUM,apa khabar semua? sihat,aku harap cam tulah..
oklah,sekarang ni semua sibuk pasal suzuki kan..
oklah skrang ni aku nk cerita pulak pasal AFC Cup yang akan diadakan di Qatar.16 negara akan bersaing untuk merebut gelaran seterusnya dari juara bertahan Iraq.

daripada 16 negara yang bertanding aku dapati ada 3 negara yang diwarwarkan akan menjadi juara kali ini..negara apa hah.



JEPUN


setelah menewaskan Argentina pada perlawanan persahabatan yang lepas.Jepun kini sudah mula tunjukkan belang dan x gerub dengan apa2 team..


Keisuke honda

makoto hasabe



Shirt badge/Association crest

KOREA SELATAN

Korea yang mempunyai ramai pemain star mungkin dapat menebus kkecewaan pada AFC Cup 2007 sekadar mendapat tempat ke3..

park ji sung



lee chung yong


Shirt badge/Association crest


digelar socceroos yang sekarang menduduki rangking ke 20 FIFA yang juga berpengalaman dalam piala dunia akan mencipta sejarah tersendiri iaitu mengungguli piala AFC Cup..
selain itu,Australia akan menjadi tuan rumah bagi AFC Cup 2015...


tim cahill





Thursday, December 23, 2010

Dragon Squad

Assalamualikum.Kan tadi aku ada cakap kat facebook.sekarang inilah janjinya.
semalam aku tido lewat sikit pasal ada hal..aku tengok satu cerita yang best dowh..



DRAGON SQUAD


citer tu aku tengok dari kul sepuluh samapai 12 malam kat RTM 2.citer .pasal polis ngan org jahat.tapi bukan macam gerak khas.citer ni memang best giler.mengisahkan satu sindiket jahat yang yang diketuai oleh Petros Angelo.sindiket ni terdiri daripada 5 orang..


Petros (Michael Biehn) fires his Colt 653
ketua dia petros

Yuet Song (Maggie Q) aims and fires her PSG-1 rifle

Ko Tung-Yuen fires his MP5K at HKPD officers


sorilah..cuma tiga jer yang aku dapat..apa-apapunkalo ada penjahat mesti ada hero.mereka ni terdiri daripada 5 orang anggota polis yang mahir dalam hal2 tembak ni.5 orang dalam 2 poster tulah yang aku maksudkan..



Next


Officer Pak Yut-Suet (Eva Huang) with her MP5A3 at the ready

Inspektor Pakyut-Suet (mati ditembak oleh Yuet )

James Lam (Laurence Chou) firing his MP5A2 at Petros' gang. It is fitted with a Surefire 628 dedicated forend weaponlight


Luo Zai-Jun (Xia Yu) aims and fires his Dragunov at Yuet Song (Maggie Q)



kalo nak tengok yang lain..
layanlah video kat bawah ni..










Wednesday, December 22, 2010

luahan sang binatang


Assalamualikum..apa khabar..enteri kali ini aku nk tiulis pasal luahan hati binatang..
yelah,selama ni kita x tau kan apa yang diorang fikir @ apa yang diorang kata..
jadi aku nk korang hayati apa yang diorang luahkan.


Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm
lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang
lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cm kambing ker ayam ker…


Ikut suka aku la nak makan anak aku,
aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ?
kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan..kan…
kan..

Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL
MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer
langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee… manis sikit!

Aku tak mandi pun tetap ada harga beb??
Eleh… kata aku tak mandi… tu ayam,arnab lembu tu pun bukannya mandi pun,
apasal aku jer yang jadi perbandingan, Ini tak ADIL

Elehhhh… apa hal jadikan aku
perbandingkan lak nie…?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR… .Tu
pompuan-pompuan tu lagi la… mulut dorang lagi bising kalau membebel..

Serius x faham kenapa orang selalu
mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu..??? walaupun aku haram untuk
dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan
mencarut! betul2 x adil neh! (luahan hati si khinzir…)


Kepada lu sume manusia² yang membaca.. lembut lembutkanlah jari tu nk tulis komen ^_^